bila tengok abang dengan adik berebut mainan, saya teringat kata2 ibu semasa menjaga kami 7 beradik..
selalu mak kitaorang cakap
hampa ni keluaq dari perut yang sama,tapi tak habis2 gaduh???(bahasa penang)
apa nak jadi ni???
sekarang bila dah jadi ibu..baru 2org anak...dah poning kepala ni...
ceritera nya macam ni..
saya memang ajar anak2 untuk berkongsi dan bersyukur dengan rezeki yang allah s.w.t berikan
semasa mengandung dulu,ibu mertua saya telah berikan semua kain lampin,pakaian, barut yang telah dia simpan kepada saya. ibu mertua saya ni memang cermat orangnya..
walaupun dah 8tahun barang2 tersebut disimpan..tetapi keadaan masih elok.
jadi dapatlah saya dan suami berjimat cermat semas menimang cahayamata pertama dulu
maklumlah....saya pernah hidup susah..walaupun agak senang sekarang,saya tetap amalkan jimat cermat
walker ni saya beli untuk mohamad harits semasa umurnya 5bulan
saya simpan didalam stor,setelah haikal dah pandai bertatih
saya turunkan pulak kepada mohamad hafiy hajim pada umurnya 5bulan
kereta tolak ni, adik saya belikan pada haikal semasa umurnya 7bulan...tengoklah sampai sekarang haikal dah berumur 3 tahun masih boleh digunakan
oleh sebab hafiy dah boleh berjalan pada usia 1tahun 3bulan,dia dah pandai nak kereta tolak macam abang dia jugak...
selalulah..diaorang gaduh..berebut kereta..
jadi..
mak tok & tok abah diaorang pon pergi la kedai belikan lagi satu kereta untuk hafiy...
ingatkan settle kes ni..tapi...
hafiy lebih suka kereta abangnya haikal....lebih rendah so senang dia nak merempik
selalu la,bergaduh dengan abang dia....
lepas dipujuk..baru ok skit..
bukan nak puji laa..tetapi haikal ni memang boleh diharap untuk jaga adik dia
kadang2 kita sibuk memasak kat dapur..dia yang bantu saya tengokkan hafiy
kalau adiknya merengek pon..saya akan mintak tolong dia ajak adik dia main
nanti pandai la dia...ajak adik tengok tv..
baca buku atau main mainan
memang boleh diharap
adik hafiy ni kadang2 suka kutip benda kat lantai dan terus masuk mulut..
selalulah si abang ni bising2 dekat dia..
Alhamdullilah sangat...saya bersyukur anak2 saya biarpun tak mewah harta benda tapi suka tolong ibubapa..
adik hafiy yang selalu kena beralah dengan abangnya..kalau berebut mainan
tapi siabang pon...lepas 5minit dipujuk..dia akan bagi semula mainan tu pada adiknya
motosikal berkuasa bateri ni ada satu saja...pandai pulak diaorang kongsi...
memang boleh nampak sayangnya haikal pada adik hafiy..
kalau tak nampak adik dia..mesti kalut dia cari..
penat jugak dengan telatah anak2
5minit diaorang gaduh...tiba2 ja..
terdengar suara dua2 beradik gelak terbahak-bahak
macam...macam
dalam dunia sikecil tiada hasad dengki
tiada cemburu..iri hati
tiada baik atau jahat
sebagai ibubapa..jgn sesekali meracuni dunia indah mereka
jangan dibandingkan antara mereka
jangan dihina kekurangan
jangan bersikap pilih kasih
itu bakal membunuh peribadi mereka yang suci,sebersih kain putih
sentiasa mengucapkan sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan