Isnin, 14 Mac 2011

BOTOL SUSU POLYCARBONATE DIHARAMKAN


  PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

  Bagi ibu2 yang dengar pegumuman macam ni pasti hati kita gelisah, mula la mencari botol susu anak untuk kepastian
  Kat sini saya kongsi sedikit maklumat yang saya dapat dari hasil pencarian saya
semoga ianya berguna untuk ibu2 dan bapa2 diluar saya






Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!


PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.
Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif

Tips Memilih dan Merawat Botol Susu



ASI adalah pilihan utama untuk bayi dan menyusui adalah hal yang terbaik bagi bayi dan bunda. Jika ada kendala seperti bunda bekerja atau hal lainnya yang menyebabkan bayi menyusu dengan botol maka ada beberapa hal perlu diperhatikan dengan cermat.

Berikut dasar-dasar yang dapat dijadikan pertimbangan dalam memilih dan merawat botol susu bayi anda:

1.  Polycarbonate:  Adalah plastik yang dapat melepaskan BPA dan biasanya ditemukan pada botol yang memiliki kode #7 pada labelnya atau pada bagian dari botolnya.  HINDARI produk dengan kode #7 ini.

2.  Plastik yang lebih aman:  Pilihlah botol dengan kode huruf PETE (Polyethylene#1) atau PP (polypropylene#5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup aman.  Botol-botol ini bebas polycarbonate dan biasanya terbuat dari plastik yang tidak kaku dan mempunyai warna yang agak buram.

3.  Botol kaca:  Jika memungkinkan, pilihlah botol kaca.  Dengan botol kaca anda mengurangi kemungkinan terekspos bahan beracun sampai dengan 0%.

4.  Plastik lama:  Buang botol bayi dan sippy cup polycarbonate lama atau yang sudah tergores.  Plastik yang tergores, berawan (tidak bening) dan retak memiliki potensi yang besar akan melepaskan bahan kimia berbahaya.  Goresan juga dapat mejadi tempat pembiakan bakteri.

5.  Mencuci plastik:  Jangan pernah mencuci botol plastik anda di dishwasher atau air yang sangat panas karena dapat mengakibatkan lepasnya bahan kimia berbahaya.  Cucilah botol dengan tangan pada air yang hangat-hangat kuku.

6.  Dot botol bayi:  Biasanya terbuat dari silicon atau latex.  Silicon mempunyai warna yang lebih terang dan aman, karena latex berpotensi melepaskan zat racun karsinogenik (zat penyebab kanker).

terima kasih kepada sumber rujukan
www.rosalik.com

2 ulasan:

  1. Jangan asyik beri tumpuan pada botol susu sahaja kerana barangan plastik lain turut mengundang kemudaratan kepada kesihatan juga

    BalasPadam
  2. boleh la share kat sini pasal barangan plastik yang memudaratkan
    anyway thanks

    BalasPadam