saya disahkan hamil 6 minggu pada 1/11/2012, tak berapa terkejut sangat, sebab dah buang implan cegah hamil pada ogos, cuma tak sangka cepat jugak sangkut....
memang tak tahan sangat sebab selalu letih dan loya everyday sampai la sekarang dah masuk 2 bulan....(harap2 kali ni dapat baby girl plak..hehehe)
adik dengan abang pon dah dibagi tahu tentang orang baru..nampak excited sangat, kalah papa diaorang..memanjang nak tidur atas perut mama...
dah dua kelahiran,rasanya yang ni paling teruk sebab, sejak dari awal dah ada loya sepanjang hari non-stop..huhuhu...
makan nasi cuma boleh makan kari ikan SAHAJA, daging dan ayam dengar pon dah rasa nak muntah
nak makan semua benda2 yang manis sahaja...teringat dulu jam 12.00tgh malam, masih potong buah mangga..hheheehhe sekarang semua berbeza.
saya dapat cari beberapa tips dari pak cik google
cara2 atasi loya
mesti nak cuba....dah lemah longlai akak....
Ubah tabiat makan
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila makan dalam kuantiti kecil dengan lebihkerap, perut akan sentiasa penuh. Jadi, tidak timbul masalah loya.
2. Snek
Apabila mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Gabungan biskut kraker dan rehat dapat menghindar mual daripada menjadi lebih teruk.
3. Kekal Hidrat
Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan boleh mengelakkan muntah. Sentiasa bawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.
4. Elak Makanan tertentu
Anda perlu tahu jenis makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Lalu mengelakkannya. Selain itu, elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman.
5. Minum Teh
Halia diketahui ramai dapat melegakan loya. Jadi apakata minum teh halia buatan sendiri untuk mengatasi masalah yang anda alami.
http://puteri1.blogspot.com/2010/07/5-cara-elak-loya-semasa-hamil.html
Bukan slip disc atau siatika rupanya !
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan