Ahad, 16 Disember 2012

pemeriksaan kandungan 13 minggu


pemeriksaaan kandungan sudah tentu di Dewan Bersalin Muslimah Hospital.....sangat selesa berurusan dgn mereka.....semuanya doktor dan jururawat wanita islam........dapat pahala sunat....heehehe

Semalam 16/12/2012 baru nak g checkup dan buat kad, malas sungguh rasanya nak g klinik dalam keadaaan mabuk dan alah yang amat sangat.... oleh sebab cik hubby asyik duk bising je...pergi la jugak...

Macam biasa mula-mula kena cek tekanan darah dulu sebab masa pregnant 6 minggu tekanan darah sangat rendah 70/80 sampai kena tahan di wad dan masuk 2 botol air..entah nama apa ntah....

naik sikit aje kata doktor 119/71, dalam hati ni mau je cakap kat doktor....tiap2 hari saya mkn hati ayam sampai dah letih.....

terima je lah.......

Sakit pinggang yang tak pernah hilang..........perut sentiasa aja mengeras......bila  doktor scan.....baby dah besar ni.......kata doktor...




Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.



Read more: http://www.babycenter.com.my/a1044252/perkembangan-fetus---hamil-13-minggu#ixzz2FGMsI8hL

abang2 sangat excited dengan kehadiran baby baru...tak sabar nak tgu adik diaorang keluar........
semakin lincah dan semakin letih mama nak uruskan.......maklumlah baru je habis exam tahun akhir.....seronok semacam.....mama dengan papa letih nak handle......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan