Rabu, 29 Disember 2010

NILAI SEBUAH PERKAHWINAN



ini adalah petikan dari utusan malaysia 27/12/2010
DALAM NEGERI
Facebook tempat luah masalah suami isteri!
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.
Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.
Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.
Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.
Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.
Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.
Antara topik yang hangat dibincangkan adalah:


  • Suami lebih gemar bermain permainan video Playstation 3 (PS3) dan menonton kartun Naruto daripada melayan isteri




  • Suami curang dan ada akaun kedua Facebook





  • Suami kuat merokok dan mengabaikan nafkah keluarga
    Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.
    “Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
    “Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.

  • Dimana nilai sebuah perkahwinan bagi kita?
    kalau dilihat nenek moyang dan mungkin ada ibubapa kita yang sehingga kita masih bersama dan intim, biarpun kadang-kadang yang seorang cakap ayam dan seorang lagi cakap itik...
    tapi masyarakat sekarang, masaalah perceraian menjadi agenda utama dan dikatan salah satu sebab berlakunya gejala sosial.
    setiap hari pasti ada kes perceraian di mahkamah syariah.
    Dimana silap kita?
    pandanglah wajah suami anda,ingatlah bagaimana kita dipertemukan, bagaimana kita berdating tiap-tiap hari, bergayut di telefon sampai melekat ganggang telefon dekat pipi. Bergaduh..lepas tu dipujuk... mesti ada yang tengah terseyum sekarang..
    KESABARAN itu penting, bila rasa nak marah atau rasa macam nak maki hamun suami anda , mengucaplah... itu jalan terbaik..
    syaitan sentiasa nak menyesatkan manusia apatah lagi nak meruntuhkan rumahtangga anak-anak adam.
    berbincang secara baik, atau ambil cuti.. tinggal anak-anak dirumah pengasuh, bersiar-siar, tengok wayang..macam zaman bercinta dulu..
    bagi para suami pon, pandai-pandai la ambik hati isteri..
    isteri pulak jangan la jual mahal..kalau dah dipujuk....
    renunglah wajah anak-anak kita, mereka lah bukti cinta dan kasih kita pada suami dalam ikatan yang diredhai Allah S.W.T


    bagaimana menjaga rumahtangga?
    Saya menemui sesuatu yang berharga.Petua dibawah sangat sesuai untuk kita jadikan panduan demi menjaga rumahtangga yang kita bina. terima kasih buat Puan Shahliza
     http://www.jomlayan.com/mybb/menjaga-kesetiaan-suami-isteri-t-21143.html
    Menjaga Kesetiaan Suami Isteri....
    Pada zaman di mana perceraian itu sudah menjadi satu perkara biasa, kita patut tabik pada pasangan yang masih mampu mempertahankan ikatan perkahwinan mereka.

    Apakah ilmu atau petua yang dipraktikkan sehingga kekalnya hubungan suami isteri itu sampai akhir hayat?

    1. Mereka tidak melayan himbauan mantan kekasih lama mereka.

    2. Mereka menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian.

    3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancami oleh pihak ketiga.

    4. Komunikasi antara mereka adalah aktif. Mereka sering membahas perkara yang berpotensi mengancam perhubungan mereka dengan berfikiran positif agar isu yang terbangkit itu diselesaikan secara rasional dan bukan emosional.

    5. Mereka berkomunikasi dengan sesiapa yang dikira tidak boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Mereka bersikap terbuka. Misalnya, mereka berkomunikasi melalui wahana sembang di Internet tetapi pasangan tahu perkara yang disembang tidak termasuk perkara yang boleh mengundang perselisihan faham.

    6. Pergaulan dengan rakan-rakan adalah bersifat sahabat. Jika perlu ada perbincangan lanjut, ia diadakan di tempat awam atau umum dan tidak di tempat yang mudah disalahertikan sebagai tempat yang akan membangkitkan bibit-bibit  ‘percintaan’ baru.

    7. Mereka tahu batasan dan etika perhubungan dengan rakan-rakan lain sementara menyedari hakikat bahawa ikatan emosi suami isteri harus sentiasa dijaga.

    ~Ya Allah sesungguhnya
    Aku lemah tanpa petunjukMu
    Aku buta tanpa bimbinganMu
    Aku cacat tanpa hidayahMu
    Aku hina tanpa rahmatMu~

    http://shahliza94.blogspot.com


    boleh juga rujuk
    http://samsarina.wordpress.com/
    http://www.jomlayan.com/mybb/cinta-suami-isteri-t-19459.html

    YA ALLAH, KAU RAHMATILAH RUMAHTANGGA KAMI
    BERIKANLAH KAMI KESABARAN YANG TINGGI
    JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH
    AMIN....

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan