hari ini mama rasa terpanggil setelah berbagai tomahan, fitnah dan ada juga kata pujian yang dapat kita semua baca di laman sesawang mengenai kejadian di Lahad Datu. Tambah sedih lagi, bila membaca harian metro sempena Hari Polis.
‘Maafkan anakanda’
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Bacaan teks ‘warkah terakhir’ karya anggota pasukan keselamatan yang berjuang menentang pengganas dalam Op Daulat membuatkan ribuan hadirin terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta keluarga yang menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 di PULAPOL, di sini, gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata, semalam.
Bacaan teks berkenaan adalah sebahagian daripada slaid yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih sembilan minit yang menunjukkan rangkuman sepanjang Op Daulat dilancarkan.
Tayangan slaid berkenaan turut diiringi lagu patriotik dan alunan muzik yang bersesuaian.
Ketika warkah berkenaan dibacakan pengacara majlis dengan diiringi muzik sayu, hadirin bagaikan terpaku memberikan tumpuan penuh kepada kandungan teks yang ditayangkan di skrin besar di tengah padang kawad.
Apabila pengacara membaca ‘Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia’ ramai hadirin gagal mengawal kesedihan dan rata-rata mereka menangis.
antara wajah-wajah perwira negara yang terkorban
http://budakconan.blogspot.com/2013/03/krisis-lahad-datu-gambar-maklumat-penuh.html
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
tiba-tiba hati mama teringatkan saudara kita di Palestin...
bagaimana mereka mula-mula dijajah israel...mula mama mencari blog rakan-rakan sekadar tatapan kita kerna kadang kita cuma tahu mengkritik.....
BANGUN DAN BUKA MATA KITA.....
http://antiyahudi-zionis.blogspot.com/
Sejarah Awal Gerakan Zionis
Nama tokoh Yahudi selaku
Pioneers
gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904) pastinya dikenali ramai, namun
hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu oleh tokoh seperti
Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875),
dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore
Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada
27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha di peringkat global untuk
mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan
kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatik yang kuat bagi
mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat
sama dalam
Jewish Project.
Sebenarnya, negara Palestin merupakan
bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih
sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu
Second Zionist Conference. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke
Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin
ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan
strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan
penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah
menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah)
sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan
Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil
alih
Zionist Project apabila
World Zionist Organization tajaan
Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya
mendapatkan negara Palestin pada september 1918.
Semasa kekuasaan British
di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan
seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia.
Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918)
kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara
Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai
bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel
akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin
berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa
Holocaust yang berlaku di Eropah
seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali
memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.
INI YANG BERLAKU KEPADA SAUDARA KITA......
SANGAT TRAGIS......
DI MALAYSIA
MEREKA JUGA SAUDARA KITA, MALAH ANAK,SUAMI DAN BAPA MEREKA BERJUANG SUPAYA KITA RAKYAT MALAYSIA DAPAT TIDUR MALAM....DAPAT MEMELUK ANAK ,DAPAT MEMELUK SUAMI, DAPAT MEMELUK IBU BAPA...DAPAT BERSAMA ORANG2 TERSAYANG....
IBARAT SAJAK TUN MAHATHIR
Melayu Mudah Lupa
Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad
di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.
Melayu mudah
lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
BIAR APA PON FAHAMAN POLITIK KITA....
BIAR APA JUA AGAMA KITA....
MALAYSIA NEGARA KITA....KITA SAMA MEMEPERTAHANKAN NYA.....
SENARIO NEGARA LUAR
Pastinya kita punya anak,isteri,suami,ibubapa,saudara yang kita sayangi.....
jutaan terima kasih mama pada semua perwira negara dan keluarga...
hanya Allah dapat membalas