Sebelum saya terus ke tajuk kita, saya nak ceritakan sedikit disini, setelah kita berjaya mengharungi 40 minggu yang indah, semasa telah dimasukkan ke wad bersalin..mungkin kerana servik kita telah terbuka atau telah cukup tarikhnya, sebaik-baiknya ajaklah suami anda untuk bersama-sama menemani anda,dalam menghadapi saat terpenting dalam hidup anda, sokongan dan kasih sayang suami adalah sangat-sangat diperlukan oleh si ibu.
Bukan itu sahaja, seseorang lelaki yang melihat sendiri saat kelahiran zuriatnya, akan lebih bertanggungjawap, mengasihi dan menyayangi keluarganya, malah dia juga akan lebih menghormati ibunya sendiri.
Saya amat bertuah kerana sejak awal kehamilan anak sulung, rutin check-up diklinik juga, suami saya tidak mahu ketinggalan, sampailah mengandungkan anak kedua. malah semasa proses bersalin biarpun semasa anak sulung dan anak kedua saya,suami kesayangan sentiasa berada disisi.Dia jugalah yang memeluk tangan dan memberi kata dorongan sehingga selesai proses bersalin secara normal (kedua-dua anak), bagi anda yang mempunyai pengalaman pasti dapat membayangkan kesakitan tersebut.selepas saya berjaya, melahirkan zuriatnya, dia akan mengucup dahi saya biarpun dihadapan doktor dan jururawat (suami saya sangat pemalu) YA ALLAH AKU BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANMU...AMIN
Selepas bayi dilahirkan, saat yang paling menyeronokkan buat seluruh keluarga, watu ini, ada sesetengah ibubapa sudah pon mempunyai nama, tinggal nak isi borang JPN je lagi,dan ada sesetengah masih mencari nama yang sesuai buat bayi mereka. Asalkan nama tersebut memberi makna yang baik.
Dalamtempoh 1 hingga 7hari bayi anda melihat dunia,tanda-tanda penyakit kuning juga akan mula kelihatan. Jika anda melihat tubuh bayi atau matanya ada sedikit kekuningan, sebaiknya segeralah berjumpa doktor.
Siibu pula waktu ini dalam berpantang,macam-macamlah pantang larangnya.....nasib badan la.
Ada sesetengah bayi kerap tidur pada waktu siang walaupun ketika kita membuang pakaian atau menyarung kan pakaian berserta barut, bayi anda tetap lelap seperti tiada gangguan langsung.Nyenyak dia tidur..Bayi yang seperti ini selalunya akan berjaga pada waktu malam,mengajak ibunya bermain dan bersembang..Ada jugak bayi yang kerjanya menangis saja pada watu malam. Sebagai ibubapa, cuba bacakan doa-doa dan ayat-ayat suci Al-qur'an. Bergilir-gilirlah dengan ahli keluarga, mak mertua, bapa mertua, mak atau ayah atau suami,tugaskan sesiapa pada setiap syif, supaya semua orang sama-sama membantu dan dapat rehat yang cukup, bertolak ansurlah...
Saya juga pernah mengalami masaalah ini, dengan anak sulung, jadi terpaksalah mak dan abah sama -sama bergilir-gilir menjaga mohamad harits haikal. Ini kerana anak saya kerap tidur siang, tetapi selalu menangis pada waktu tengah malam macam gambar Ahmad Albab.
Bagi bayi yang telah diketahui mempunyai penyakit kuning, adalah dinasihatkan selalu mengejutkan anak dan bermain denganya kerana bayi yang mempunyai kuning akan selalau tidur dan kurang aktif pada waktu siang. Gerak bayi anda dan ajak berbual, insyaalah kuningnya akan menurun..
Sebagai ibu yang berpantang,kita adalah tidak digalakkan membuat kerja-kerja berat. Jadi gunakan waktu ini membaca cerita bergambar dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Pastikan buku tersebut bergambar(bersaiz besar)dan berwarna.Walaupun pada ketika ini mata bayi belum lagi berfungsi dengan sempurna, namun ia dapat meransang pendengaran dan penglihatannya.
Selalulah berbual-bual dengan bayi anda walaupun sikecil itu masih lagi belum dapat memahami percakapan anda. Ini kerana ia dapat meransang perkembangan bayi .
Jika bayi anda bersuara,bercakaplah dan berbuallah seolah-olah anda paham percakapannya. Buat-buat paham la..
Jika anda menjadi ibu buat kali kedua dan seterusnya, pasti akan berlaku konflik sesama anak2. Tetapi jika anak anda sudah berumur lebih 6tahun, mungkin keadaan agak mudah...namun jika anda mempunyai anak yang jarak antara mereka cuma 1tahun atau lebih,pasti anda mengalami sedikit kesukaran untuk mengendalikan konflik orang baru.
Disini saya berikan anda beberapa tips yang saya amalkan
- Terangkan kepada anak anda siapa bayi tersebut
- Galakkan abang/kakaknya mencium dan memeluk sikecil(dapat mengeratkan hubungan sesama mereka)
- Jika abang/kakak berminat untuk mendukung, benarkan tetapi mesti sambil dipegang oleh siibu jika abang/kakak masih kecil.(membuatkan mereka merasa penting dan diperlukan dalam keluarga)
- Jangan sesekali MENGHALAU abang/kakaknya jika mereka mendekati sikecil anda (menghalang mereka merasa ibubapa sudah tidak menyayangi mereka)
- Jangan sesekali MENENGKING/MEMARAHI abang/kakak jika mereka secara tidak sengaja atau dengan secara(melepaskan geram) kepada sikecil
- Terangkan secara baik kepada abang/kakaknya jika mereka membuat kesalahan(ini untuk menghalang perasaan hasad dengki anatara mereka)
- Mintak bantuan dari abang /kakak untuk mengambil botol susu sikecil,mengambil lampin atau lampin pakai buang, bagi mereka sesuatu kerja yang melibatkan sikecil anda. (membuat abang /kakak merasa dihargai
- Jangan lupa memberi pujian setiap kali abang/kakak berjaya melakukan tugasan yang anda berikan (membuat mereka berasa gembira dan seronok)
Perkembangan anak2 seperti berjalan, bercakap, meniarap juga berbeza-beza. Contohnya anak sulung saya boleh meniarap pada usia cukup2 2 bulan pada hari jumaat jam 6.00 ptg,berjalan pada usia 9bulan..malah dia sudah boleh memahami percakapan dan arahan orang lain walaupun baru berusia 8bulan. tetapi dia hanya dapat bercakap pada usia 2tahun.Adiknya pula lambat berjalan sehingga merisaukan saya. Mohamad hafiy hajim dapat berjalan pada usia 1tahun 3bulan,yang mengejutkan saya dia boleh bercakap.. memanggil 'mama' biarpun usianya baru 1tahun 5bulan. Oleh itu jangan takut jika perkembangan mereka berlainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan