Memaparkan catatan dengan label dugaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dugaan. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

MH370

hehhe..

dah 3 bulan tiada pos dari mama

awalnya sibuk dengan cosway

pastu, dapat berita pasal MH370

mungkin terkesan dengan kejadian tu, jgn kata blog.....facebook pun dah mama tak pedulikan

#PRAYFORMH370





Khamis, 19 Disember 2013

hospital today

lepas aje baik dari seminggu demam yang memeritkan........ingatkan dah hbs....rupanya ade lagi

mama mual dan pening(pusing) macam nak jatuh setiap kali jln..bertahan jgk.... ofis kat komtar, so apa pun kena naik lif... masa dalam lif dah melelong semacam, keluar lif aje dah meraba..sbb pening

aduh...survive gak every day mcm tu for 2 weeks...

then dah tak tertahan menanggung derita, akhirnya mintak papa hantar ke hospital penang utk jmp doktor Shahul Hamid kat klinik kardiologi

mama dah risau mlm sblm pergi hospital..takut jantung ade problem, sbb tu keadaan mama teruk....jadi dgn sedih hati packing kain tuala, berus gigi....mcm2 la...takut doktor suh masuk dlm wad..huhuuhu..

keesokan pagi nya mcm biasala nungu punya nunggu (hospital kerajaan).....doktor mintak buat scan, sbb risau jantung mama ade masalah. Ketaq jgn ckp la....menggigil nak tgu result scan jantung..hbs jer scan terus doktor panggil masuk bilik

apahal......pulak dah...ngeeee

selak punya selak fail.....doc ckp, ok, jantung u ada improve..semua ok dan terkawal...mmg ubat yg i bagi, beri kesan yg baik pada u.....

rate darah dan rate tekanan dalam jantung byk dah menurun....very good

rasa mcm nak melompat depan doktor..ALhamdulillah..alhamdulillah.....terima kasih ya Allah

tapi mama masih confius....klu ok nape aku pening cam org mabuk jer

doc ckp saya takut ade virus lain yg masuk dalam badan u....saya bagi antibiotik utk buang semua virus..tapi kalau 2minggu lg mcm ni...still batuk lagi...u masuk wad terus ye..

huhuuhu.......tak mau...doktor...tak nak masuk wad.....tak mau...boleh lagu tu...kalau dapat mama jerit macam tu kat doktor.....isssh..malu aih....


peneman setia mama yg sanggup beratur panjang

mama dah tak larat....asyik tengok papa jer....bila la nak sampai kaunter..baris panjang benor




baris lagi.....kat farmasi.....berduyun..tiba

Selasa, 17 Disember 2013

pusara anakanda, adinda tercinta


inilah pusara anak yang mama namakan muhammad.....adinda kepada 2 hero mama
mama redha dengan ujian Allah ini




kami kesini tak kira masa....bukan hanya pada hari raya sahaja....kalau abang long mintak papa bawa ke kubur adik dia..kami akan pergi..

10/1/2014 akan genap setahun pemergian.... tapi hingga kini abong long dan adik hajim masih lagi bertanya perihal adik mereka

Rabu, 11 Disember 2013

Runtun hati seorang ibu


pernah terjadi beberapa kali ketika baru saja memulakan tugas

mama dihubungi guru sekolah smart reader memaklumkan abang long dan kadang hajim demam panas....dan mintak di bawa ke klinik

seluruh badan akan menggelabah....bercakap dengan papa pon terketar-ketar..tanpa di sedari air mata dah mula bergenang dikelopak...

terpaksa terjah bilik bos sambil bawa borang cuti kecemasan.... yang mama ingat difikiran hanya nak pulang dan temani anak yang sakit..secepat mungkin
namun mama bekerja di pulau, jadi papa yang bekerja di seberang perai perlu dengan segera ke sekolah utk memerhati keadaan anak....sementara menunggu mama balik ke seberang..

mungkin ada antara kita yang dapat mengumpul berpuluh cuti rehat dengan banggga nya...hehehe.. tapi mama tak pernah menyesal...cuti mama untuk setiap tahun sentiasa sold out.....hahhaaha
kalau ada pon dlm 2/3 hari ja...tu pon nasib la...

ada juga dengar dari rungutan kawan-kawan, anak demam atau sakit ada juga parents yag masih hantar rumah pengasuh atau hantar pergi sekolah

duit memang sangat2..diperlukan tapi anak2 tiada galang ganti nya


dan mama bersyukur anak2 dan suami yang mama jaga, mama rawat ni, tatkala mama sakit tak sudah2....sentiasa mengambil berat dan jaga mama sebaiknya

hero mama yang berumur 4&5tahun pon sangat pandai urut dada mama, masa mereka tengok mama dah semput
picit kepala mama, masa mama kata mama pening..padahal mama tak mintak pon....
tolong urut kaki mama.....

SEJUK PERUT MAMA MENGANDUNGKAN MEREKA
Alhamdulillah

Isnin, 8 April 2013

buat ibubapa yang pernah kehilangan si kecil


hati siapa yang tak sedih
hati siapa yang tak meraung
namun....itulah ketentuan takdir Ilahi

Khamis, 21 Mac 2013

Kesabaran Nabi Ayyub

jumaat yang penuh barakah
 
 
 


 
 
 
 
Cerita ini saya kongsikan daripada salah satu group Facebook saya. Kisah Nabi Ayyub ini bukanlah karya asli saya.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
“Ingatlah akan hamba-Ku Ayyub ( nabi Ayyub ) , ketika dia berseru kepada tuhanNya: Sesungguhnya aku telah diganggu syaitan sehingga susah dan terseksa.”
(Surah Shad ayat 41)
Diceritakan:
Bahawa Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santun serta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak, unta, lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan.

Ketika dia meninggal dunia, maka semua harata kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah menguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan.

Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya dengan budi pekerti yang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi, mendustakan, dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.

Maka dia menyampaikan beberapa syariat serta membangun beberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s mempunyai meja makan yang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir miskin dan tamu lainnya.

Dan Nabi Ayyub, terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti sang suami yang memperhatikan kasih sayangnya dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya.

Dan demikian juga dia (Nabi Ayyub) telah memerintahkan kepada para wakilnya serta orang-orang kepercayaannya supaya tidak menghalang halangi tanam tanaman serta buah-buahannya diambil dan dipetik (dari orang-orang yang mahu memetiknya/mengambilnya).

Dan adalah ternakannya setiap tahun beranak kembar atau dua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan hal itu sedikitpun dan dia berkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau kepada para hamba-Mu di penjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau di syurga kepada para ahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di kampong (Hari yang tiada akhirnya) di mana disediakan hidangan?”

Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupa sedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang diperolehinya serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satu atau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.
Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ke tujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?”

Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahu menyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup (harta yang berlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt kepada Iblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.
Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu dan menyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”
Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap sesuatunya, kecuali jiwa (hati) dan lidah (ucapanya) Nabi Ayyub.

Maka Iblis kembali dan menuju ke tepi laut lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik laki-laki dan wanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah gerangan yang menimpa engkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat kesempatan yang belum pernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.”
Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.

Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.
Maka Iblis pun pulang dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub itu mempunyai 14 orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu mereka sedang di rumah saudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.

Maka berkumpullah para syaitan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada yang sedang memasukan sesuap makanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang memegang gelas di tanganya.

Maka Iblis pergi kepada Ayyub, sedangkan dia(Ayyub) dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah di mana anak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”

Nabi Ayyub tidak menjawab sedikitpun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah! Dia telah member dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.”
Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di hidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat.

Berkata isterinya Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab dari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga tidak merasa cukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh tubuhnya, mulai dari kepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanak keluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.
Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga isteri; maka yang dua minta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu iaitu Rahmah, yang selalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau disini dengan cara paksa!!”

Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan suara yang keras: “Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah; mereka telah mengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia mendukung Nabi Ayyub di punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya, serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami biar memakannya.”

Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ketempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian datang lagi dengan membawa kapak dan tali temali, untuk membuat rumah dari kayu. Kemudian dia datang lagi dengan membawa rajutan tikar dan menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dan diambilkannya pula batu untuk bantalnya dan membawa tempat air yang biasa digunakan oleh para penggembala untuk minum binatang-binatang ternak mereka.

Kemudian Siti Rahmah pergi ke sebuah desa, maka Nabi Ayyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai suamiku, sesungguhnya saya tidak akan m eninggalkan engkau selama hayat di kandung badan.”
Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Ayyub. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri Ayyub. Maka mereka tidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka berkata: “Pergilah engkau jauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “ Ya Tuhanku, Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”

Siti Rahmah pun pergi kepada seorang penjual roti sambil berkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar, maka sudilah kiranya engkau memberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata wanita itu: “Pergilah engkau jauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak melihatmu, tetapi berilah ikatan sanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas kepang rambut yang panjangnya sampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu indah sekali, sama dengan yang didapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Nabi Ayyub sangat senang sekali dengan sanggul ikal tersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa gunting dan memotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti Rahmah. Kata Siti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya lah kerana ketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka telah ku jual rambutku.”
Maka ketika Nabi Ayyub melihat roti yang masih segar serta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka bahawa isterinya telah menjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah telah menyembuhkannya, dia akan memukul isterinya 100 jilid.

100 jilid itu seperti yang kemudian difirmankan Allah swt sebagai tebusan dari sumpahnya:
“Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput, lalu pukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena sumpah.”

Ketika hukuman itu telah dilaksanakan, maka Nabi Ayyub menangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah hilang daya upaya ku, sehingga sampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah menjual rambutnya, semata-mata untuk memberi nafkah untuk diriku.”

Kata Siti Rahmah: “Wahai suamiku, janganlah engkau bersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku itu akan tumbuh kembali dengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu Siti Rahmah memotong roti dan memberikan makan kepadanya serta duduk disampingnya.
Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadanya dan dia berkata: “Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah swt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang-belulang yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang Nampak.

Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hati dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.

Pada suatu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s kepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya saya merasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.”
Dan ketika pada badan Nabi Ayyub sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka, hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyub dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan satu lagi pergi ke lidah dan menggigitnya.

Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedangkan Engkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluh kesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”
Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir” kepada Allah swt. Maka seakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas segala cubaanMu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku dapat berzikir kepada Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak menjadi bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Kemudian Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Ya Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan rasa sakitpun milik Ku, apakah ertinya susah?”
Diterangkan pula: “Bahawa Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu ini kepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah swt, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir kepadaNya.

Lalu Allah swt menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia.
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s dengan membawa 2 buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruh mu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.”

Ketika Nabi Ayyub memakan kedua delima itu, Jibril a.s berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub pun berdiri. Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub memukulkan kakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga dia minum dari air tersebut.

Kemudian, hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tunuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Sebagaimana firman Allah swt:

“ Maka Kami terima dan kabulkan doanya, dan Kami hilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan semua keluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”

Kata Imam Muqattil: Allah telah menghidupkan mereka dan member rezeki kepada Nabi Ayyub semula.

Kata Adh Dhahhak: Allah swt member wahyu kepadanya: “Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami bangkitkan?” Kata Nabi Ayyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”, maka dengan ini, maka datanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt memberikan kepadanya, hal-hal seperti yang diberikan kepada mereka di dunia, dengan telah lahirnya beberapa orang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat” atau “Nikmat” dari Kami”, untuk Nabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau nasihat bagi orang-orang yang beribadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala bencana atau cubaan yang paling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para Wali, kemudian kepada yang sepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah mereka berbuat seperti mereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka yang telah bersabar.

Dari sini dapatlah diketahui bahawa jalan kepada Allah untuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada pemberian yang baik.
Maka tamatlah sudah kisah Kesabaran Nabi Allah Ayyub a.s.
Saya sangat berharap para pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah tersebut.
Kisah di atas dipetik daripada Kitab Duratun Nasihin.
Pada bab Kisah Kesabaran Nabi Ayyub. m/s: 722-731.
Apa yang baik dari Allah dan apa yang kurang adalah dari kelemahan diri saya.
Wassalam..



TERIMA KASIH SUAMIKU


 
Terima Kasih Allah

diri ini sudah tidak sesihat, seperti mula-mula kita bertentang mata...
namun ku cuba sedaya upaya untuk melakukan segala demi tanggungjawap ku selagi belum menutup mata....
 
 
 

 
Terima Kasih Suamiku...
selalu berada di sisi,ketika diri ini tak berupaya untuk bangun..
tidak berupaya untuk makan,kau datang membantu
 
 
 
Terima Kasih Suamiku..
kerna sanggup mencuci baju..setiap hari..
Kerna sanggup menjaga anak2 permata hati yang kini...semakin lincah...
biarpun dirimu sendiri perlu keluar mencari nafkah...
 
 
 
Terima kasih Suamiku
sanggup mendengar leteran ku yang menyakitkan hatimu
sanggup beralah walau apa jua keadaannya
ampunkan dosa kerna aku tak sengaja.
 
 
 
 
Terima Kasih Suamiku..
sanggup berjaga awal demi  menyediakan air panas isterimu
kerna kau tahu dirinya akan semput jika mandian nya sejuk
 
 
 
 
 
Terima Kasih Suamiku..
Sentiasa menjadi bahu buat diri ini tika ku sedih dan pilu..
Sentiasa hamburkan diri ini dengan kata2..untuk aku teruskan hidup..
 
 

Terima Kasih Suamiku..
kini baru kusedar
 Aku tak dilimpah dengan intan permata
tapi aku bersyukur dengan kasih suami yang tak terhingga........






 

Terima Kasih Allah
atas kurniaan Mu pada diri ini
 

 
sesungguhnya banyak budi dan jasa yang tak mampu ku coretkan disini...cukuplah Allah Maha Mengetahui

Rabu, 20 Mac 2013

kisah sedih

pada bulan januari tahun ini, kandungan berusia 4 bulan terpaksa digugurkan akibat masaalah kesihatan mama yang sangat kritikal.....

doktor menasihatkan supaya mama diikat terus....so no more baby..






ALLAH MAHA MENGETAHUI

Ahad, 15 Januari 2012

coretan dari seorang teman



keadaan semakin meruncing, semua duit simpanan ku habis digunakan untuk menampung hidup ku yang susah dilanda badai selama 1 tahun...
hari ini, tiada lagi ikan atau ayam untuk aku buat juadah anak2 dan suami, hanya ada sekilo beras di dapur..... dan sebotol kicap

Ya Allah.......aku semakin buntu, anak2 perlu diberi sarapan
apa yang akan aku sediakan buat anak2 ku........?

sambil menitis air mata aku membasuh beras....dalam fikiran ku, demi anak yang kelaparan....hr ini cuma ada nasi berlauk kicap untuk kami sekeluarga.......

lagi laju airmata mencucuri pipi.....
aku lihat kelibat anak-anakku sedang bermain...
aku dekati mereka
"hari ni kita makan nasi dengan kicap ja ye?" ku tahan air mata dari mencurah lagi
"sedap.....sedap....." kata si abang
aku cuma mampu tersenyum

pantas kaki ku berlari ke dapur.....air mata ini dah tertahan lagi....

kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan kicap pada hari itu...
sambil nasi ku suapkan ke mulut aku perhatikan kelakuan anak2 ku dalam rasa hiba....
namun ternyata anak2 ku begitu menyukai sarapan hari ini
sambil makan sambil senyum dan ketawa

Allah Maha Kuasa
Terima Kasih Ya Allah

Rabu, 11 Januari 2012

sabar dalam tangisan

biarpun 6 januari masih lagi meraikan tahun baru, keluarga kami ditimpa musibah lagi...... suami tercinta terlibat dalam kemalangan jalanraya....
hati siapa yang tak sedih mengenangkan nasib diri ...........
lepas satu, dugaan, datang lagi satu dugaan.........

segala keperluan suami perlu aku uruskan kerna dia sudah tidak berdaya untuk menguruskan dirinya sendiri,
aku masih perlu bekerja demi mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta


Ya Allah,
Berilah aku ketabahan dan kesabaran
sesungguhnya aku insan yang lemah

ku doakan suami tercinta cepat pulih sepenuhnya...............


Mencari kesabaran dalam hidup ( http://coretanfisabilillah.blogspot.com/2010/02/mencari-kesabaran-dalam-hidup.html )

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri ra. : beberapa orang Anshar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah Saw dan diberi. Kemudian mereka meminta lagi (sesuatu) dan kembali diberi. Kemudian kembali mereka meminta (sesuatu) dari Rasulullah Saw hingga semua semua yang dimiliki Rasulullah Saw habis.

Rasulullah Saw bersabda,
“apabila aku memiliki sesuatu, aku tidak akan menyembunyikannya darimu.

(ingatlah) siapa pun yang tidak meminta (mengemis) kepada orang lain, Allah akan memenuhinya,

dan siapa pun yang berusaha membuat dirinya merasa cukup,
maka Allah akan membuat dirinya merasa cukup.

Dan siapa pun yang berupaya bersabar,
maka Allah akan membuatnya sabar.
Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih besar
yang diberikan kepada seseorang selain kesabaran
”.

(Sahih Bukhari)
 
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui
Ya Allah, Engkau Maha Penyayang
 

Izinkanlah aku menjadi anak yang Engkau cintai
Izinkanlah aku menjadi teman yang Engkau cintai
Izinkanlah aku menjadi isteri yang Engkau cintai
Izinkanlah aku menjadi seorang ibu yang Engkau cintai
Izinkanlah aku menjadi seorang hamba yang Engkau cintai
 
 
Apabila Si Kaya jatuh Miskin. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt sesuatu yg lebih baik dr apa yg kita perolehi. “Aku redha Ya Allah”

Apabila melihat orang lain mendpt apa yang kita inginkan. “Aku redha Ya Allah”

Apabila ni’mat yang diberikan oleh Allah ditarik semula. “Aku redha Ya Allah”


aku redha dengan segala dugaan Mu padaku Ya Allah





Rabu, 4 Januari 2012

DUGAAN HIDUP

hati masih lagi sedih dan sayu, banyak lagi masaalah yang masih bersarang difikiranku.... namun sedikit demi sedikit berkat doa dan usaha aku mula bangun,biarpun belum boleh berlari....tetapi aku cukup bersyukur atas segala kurniaan Nya Yang Esa

TERIMA KASIH ALLAH
KERANA MENDENGAR DOA KU, SEDANGKAN AKU KADANGKALA LALAI DALAM MENGINGATIMU

TERIMA KASIH ALLAH
KERNA TELAH MEMBERIKU 2CAHAYAMATA YANG SANGAT MEMAHAMI DAN SUAMI YANG SENTIASA DISISIKU DALAM SUKA DAN DUKA
ANAK2 ADALAH PENGUAT SEMANGATKU UNTUK TERUS BERJUANG,
BIARPUN BERMACAM KATA HINAAN YANG TELAH KUTERIMA

TERIMA KASIH ALLAH
AKU PERCAYA PASTI ADA HIKMAH YANG SEDANG MENANTI

TERIMA KASIH ALLAH...........................................



Rabu, 5 Oktober 2011

MENCARI KETENANGAN = MENCARI REDHA ALLAH










dah lama tak menulis, sudah 1 tahun lebih diri ini di uji oleh Allah, dan kemuncaknya....baru-baru ini diri dihina oleh kaum keluarga serta saudara sendiri........malah ada juga yang menjadi syaitan bertopengkan manusia yang menjadi penghasut kepada mereka yang telah membantu diri ini....hingga terjadi nya pertelingkahan........ 'Ya Allah, semoga Kau tunjukkan jalan yang sebenar kepada manusia yang suka melaga-lagakan sesama manusia' Amin..........

Segala hinaan dan umpatan manusia sekeliling perlu ditempuh, sedangkan masalah yang bersarang di hati masih lagi belum selesai........... memang benar kata pepatah melayu "Mulut manusia memang susah nak tutup"........... yang paling menyedihkan..anak kecilku yang tak bersalah juga menjadi mangsa hinaan manusia2 durjana.......... Ya Allah......sesungguhnya aku sangat sedih dan menderita dengan apa yang telah terjadi.......... hanya air mata menjadi teman setia..........

jika ini dugaan yang kau turunkan untukku sebagai hamba mu.........Aku redha, KU pohon diberi ketenangan jiwa dalam melayari dugaanmu ini........

disaat itu, aku mula mencari artikel2 mengenai ketenangan dlm google.....

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/2024-afifah-murni.html


kini baru kusedar...........mencari ketenangan untuk diri sendiri adalah dengan mencari redha allah

Antara yang saya amalkan.........sekarang adalah :

1. Solat wajib lima waktu
2. Puasa setiap isnin dan khamis
3. Sembahyang tahajjud setiap malam
4. memaafkan dosa orang yang pernah menyakiti hati ini
5. sembahyang hajat setiap malam

sebenarnya saya ini pun masih lagi dalam perjalanan mencari redha Allah dan mencari ketenangan...........
Buat masa sekarang ...Alhamdulillah.........saya lebih tenang dan damai berbanding dahulu............ sama2 lah kita berusaha dalam mencari redha Allah