Rabu, 9 Februari 2011

VALENTINE'S DAY

ADA APA DENGAN CINTA?
 

 
  Bila dengar kawan2 ucap 'happy valentine'..teringat kisah cinta dulu-dulu. Teringat saya kisah masa bercinta dulu sebelum jadi pasangan suami isteri.Bukan apa..cerita ni banyak beri pengajaran kepada diri saya...dari seorang kekasih...kepada seorang isteri dan kini seorang ibu.
  kami berkenalan awal..tetapi cuma mengikat janji pasangan kekasih pada 21 april 2003. Sifatnya yang kelakar dan pandai buat lawak..membuatkan kami tambah serasi ,buat saya tertarik. Suami saya ni semasa bercinta sangatlah kedekut...tak tau nak cakap..kedekut lagi dari haji bagil.Kalau keluar berdating,pasti semua belanja kena bayar half2. sorang bayar makan..sorang lagi bayar tiket wayang..punya la kedekut..
  Kalau hujung2 bulan poket saya kering,jgn harap nak bagi pinjam duit dia..dah ler tak pernah volunteer nak bagi..mintak pinjam pon..cakap tak dak duit.. Seingat saya..saya cuma pernah pinjam RM50 jer dari dia..kena bayar balik pulak tu..lawak2....
  Kadang2 tengok kawan2 dapat bunga dan coklat sempena birthday dan valentine..siap hantar kat ofis lagi.jelous la sapa tak jelous... apala punya nasib...Saya tak pernah dapat hadiah..dapat ucapan 'selamat hari lahir' saja pon hantar sms jer...jadilah....
  Tengok kawan2 lain ada yang dibelikan oleh kekasih mereka baju,beg,kasut dan handphone mahal2 pon ader.
  Kini setelah hampir 5 tahun berumahtangga..barulah saya sedar tentang erti kasih sayang sebenar..
  Suami banyak memberi sokongan ..metro. Saya tak pernah ke klinik untuk rutin check up pregnant selama 9 bulan tanpa kehadiran suami.
 
Biarpun kini telah beranak dua.Suami saya sangat mengambil berat hal ini kerana dia sangat teruja setiap kali bakal menerima orang baru.Dia tidak mahu ketinggalan untuk setiap perkembang bayi yang dikandung.
  Suami sentiasa memberi sokongan terutama saat melahirkan..Suami saya juga yang menghantar saya bersalin disebuah hospital swasta..biarpun tidak bertaraf 5bintang tetapi sangat selesa.Semua jururawat dan doktor terdiri dari perempuan beragama islam dan mereka juga akan membacakan kita ayat2 suci Al-Q'uran semasa kita sedang sakit bersalin..sangat bersyukur saya..
  Suami banyak membantu saya semasa berpantang. Malah tak pernah rasa geli,atau kotor semasa menukar tuala wanita untuk saya selepas bersalin.. paham2 la bau hanyir darah nifas. Tak pernah merungut walaupun terpaksa mencuci dengan tangan kain batik saya yang tercalit kesan darah.
  Sehingga kini jika ada masa terluang suamilah yang mencuci,menjemur dan melipat pakaian kami sekeluarga. Suami juga la yang memasak makanan....memandangkan kami sama-sama berkerja sepenuh masa
dan situasi saya yang tak menang tangan sebab anak2 saya sekarang sangat aktif maklumlah beza umur mereka cuma setahun sahaja...
  Suami juga sangat ringan tulang jika diminta memandikan anak..malah pandai mencuci najis anak..
suami saya yang dulunya langsung tak romatik....tak pernah mewahkan saya dengan wang ringgitnya..maklumlah kedekut..tapi bila dah menjadi suami..dia lebih bertanggungjawap.Bila melihat keretakan dan keruntuhan rumahtangga kawan2 dan orang lain,buat saya rasa

bersyukur..apalah erti kasih dan cinta yang ditunjukkan sebelum berkahwin jika  tidak dapat dipertahankan bila sudah berumahtangga. walaupun saya tidak dimanjakan seperti kawan2 yang lain semasa bercinta..saya bersyukur saya dapat semua itu setelah bergelar isterinya.

THANK YOU ABANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan