Memaparkan catatan dengan label heroku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label heroku. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2013

payday....papa belanja


tengahari yang tenang...hanya kami berdua..dating
anak2 still hantar ke sekolah
bijak.....bijak...






perut dah lapar...mmg perut melayu..nak nasi....maka check point jap kat route 69, bandar perda...tak pernah lagi makan lunch kat situ...tapi sbb papa ckp nak try...boleh aja..nnt ongkos nya papa bayer...
sori..cam bibik indon lak..

 nasi goreng daging merah RM4...ok..jgk tak mahal sgt..tapi nampak mcm skit jer nasi...cukup ker??

  papa order nasi goreng cili pada rm4.50 ...tapi knp pinggan papa besar..sbb lebih 50 sen ker....tak aci..tak aci...... melantak..punya melantak...nasi pinggan mama skit tak hbs...perut dah full....tu la belagak sgt nak pinggan besar padan muka...orang tamak sll rugi...


 dinner
dah tak lalu makan nasi..papa bwk la makan abang capati..kulim...
roti arab dia..jgn cakap....cicah kuah gulai ayam....sedap sampai boleh telan pinggan..hehhehhe


lambatnya....abang nak roti arab lagi...!
buat malu company ja....


jilat..jilat..mana roti arab ni


fuh....sedap giler....mama


abang long tak hbs2 curi2 mkn ais ketul....air papa

Selasa, 17 Disember 2013

pusara anakanda, adinda tercinta


inilah pusara anak yang mama namakan muhammad.....adinda kepada 2 hero mama
mama redha dengan ujian Allah ini




kami kesini tak kira masa....bukan hanya pada hari raya sahaja....kalau abang long mintak papa bawa ke kubur adik dia..kami akan pergi..

10/1/2014 akan genap setahun pemergian.... tapi hingga kini abong long dan adik hajim masih lagi bertanya perihal adik mereka

Rabu, 11 Disember 2013

PERSEKOLAHAN SESI 2014






selalunya selepas habis kelas kat smart readers abang long dan adik akan dihantar ke sekolah iqra ...stay sana, makan , tidur dan main sampai la mama dan papa datang ambil jam 6.30 petang


tapi selepas diadakan perjumpaan antara guru dan ibubapa pelajar smart reader baru-baru ni, pengetua sekolah ada bagi tahu yang mereka akan mulakan kelas utk pelajar yang berminat "full day'

pakej full day (8.30-6.00ptg )ni include :

kelas 4 subject from 8.30pg-12.30 (dah up 1jam)
tidur lps jam 12.30 selama 1 jam
bangun dan buat homework
tuisyen for 4 subject
kelas fardhu ain
makan minum



jadi yuran pon dah ditambah.....kalau orang lain, price nyer rm525 for seorang pelajar, oleh sebab mama dan papa ada dua hero, jadi madam shua(pengetua) bagi mama only RM1,000.00/month utk 2 org..hehhehhehe

so bincang punya bincang dengan papa....ada kurang la skit bayar yuran sekolah anak2 every month,
hero2 pun kurang letih skit, kalau tidak 2 sekolah nak kena pergi dalam 1 hari....
mama dan papa pun tak de la stress sangat time nak srh hero2 buat homework dah ada cikgu tolong ajarkan... so before the end of the day every homework dah siap..  ada la masa skit utk anak rest dan bermain

tuisyen yg disediakan tu penting sbb, budak2 kalau selalu dilatih memang mereka cekap..
jadi less skit kerja mama dan papa bila nak suruh mereka mengulangkaji pelajaran..
maklumlah mama dan papa bekerja, takut my hero tercicir dalam pelajaran kalau tak de pengawasan.


Selasa, 10 Disember 2013

SMART READER CONCERT DAY 8/12/2013


VENUE: SUNWAY CONVENTION CENTER
TIME: 1PM-5PM


 DEWAN BUKA JAM 12.00TGH
tapi oleh sbb, siapa cepat, dapat seat dpn stage....dari jam 11.00 org dah mula beratur..


 walaupun dah seminggu demam...demi my hero, ku gagahi jua










 PSY pon ade..dasyat..nyerrrr










hafiy hajim yang keras mcm batu.....katanya...Malu la.....mama








abang harits yang terrar...menari










snap manja...yooooo