Isnin, 13 Disember 2010

pengiktirafan tertinggi buat mak dan abah








Terima kasih banyak-banyak buat mak dan abah yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik anak-anakmu sehingga dewasa. Biarpun cuma 'kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang'...7 orang anak-anakmu tidak pernah tercicir persekolahan
"Terima kasih mak dan abah"
Semasa kecil, kami adik beradik tidak pernah merasa memakai baju raya baru, sebab selalunya dulu waktu raya sama dengan waktu nak mula persekolahan,jadi mak dan abah selalu suruh kitaorang buat pilihan, nak baju raya atau baju sekolah?
Kami selalu pilih baju sekolah,namun kami tetap bersyukur sekurang-kurangnya kami masih mampu nak beli baju sekolah atau baju raya,sedangkan ada setengah orang dikalangan kita mungkin langsung tiada pilihan.
kini walaupun usia sudah bersamaan usia kemerdekaan negara...masih lagi berdaya untuk sama-sama mendidik cucu-cucumu..
biar penat dan letih sentiasa menemani cucu-cucumu beriadah hujung minggu
"terima kasih mak tok dan tok abah"
WE LOVE YOU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan