SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.
Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.
“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.
“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.
Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.
Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.
“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.
“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
http://www.hmetro.com.my/
Gejala ini biasanya dipanggil 'gila meroyan' dikalangan masyarakat melayu
APA MAKSUD GILA MEROYAN???
dari segi bahasa saintifik gila meroyan dikenali segai postpartum pyschosis. ia juga dikaitkan dengan postnatal depression,maternity blues atau puerperal psychosis.
Gila meroyan ini merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang seris.Penyakit ini banyak dikaitkan dengan masaalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang.Seseorang wanita yang menghidapi penyakit ini, mampu mencederakan diri sendiri,bayinya ataupun orang disekeliling.Pendapat terkini mengatakan penyakit ini juga seperti penyakitpsikosis yang dialami oleh pesakit jiwa.
Gangguan perasaaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita. 85% wanita mengalami masaalah ini sewaktu tempoh berpantang. Tetapi kebanyakannya mengalami tahap ringan sahaja dan tidak merbahaya.
Walaubagaimanapun dalam segelintir 10% wanita yang mengalami masaalah ini, mengahdapi ganguan perasaan yang lebih mendalam dan berpanjangan sehingga terjadinya gila meroyan.
KEPADA SUAMI2 YANG TERSAYANG
jagalah emosi isteri anda semasa mengandung dan lebih menjaga lagi ketika isteri tercinta selesai melahirkan. Awasi isteri2 anda jika terdapat gejala seperti dibawah:
mood berubah dan senang terusik- mudah menangis,gangguan tidur,letih,tidak bermaya,kurang selera makanan
- kerap cemas dan bimbang. mempunyai kepercayaan negatif kepada bayinya sehingga ingin mencederakan
- berfikir tentang mati atau ingin membunuh diri
- mendengar bisikan untuk mencederakan orang atau bayinya
selepas 3hari melahirkan sikecil,jaundis/penyakit kuning anak saya mula kelihatan. Saya meletakkan anak saya dibawah jagaan sebuah hospital swasta,pada waktu itu anak saya terpaksa diletakkan dibawah lampu biru. Sangat sedih perasaan seorang ibu melihat bayinya yang berusia 3hari, hanya memakai lampin pakai buang dengan kedua-dua matanya ditutup, menangis tidak selesa.Oleh kerana kuning yang melebihi 200 dan beratnya yang pada ketika itu hanya 2kg...lampu biru dibahagian atas dan bawah terpaksa dibuka.
setiap pagi, petang dan malam..saya akan ke hospital berkenaan untuk menyusukan bayi saya..selebihnya bayi saya dijaga oleh jururawat disana..Setiap hari, pada waktu tengah hari, pihak hospital akan menghubungi saya untuk memberitahu keputusan darah bayi saya. setiap kali menerima panggilan telefon, saya sentiasa berharap jaundisnya akan menurun, boleh la saya memeluk dan menciumnya.. saya sangat rindukan anak saya...Tapi panggilan yang diterima, ternyata hampa.. jaundis di dalam darahnya semakin meningkat, terpaksa berada lagi di dalam wad.. Jika anda, seorang ibu pasti anda juga dapat memahami perasaan saya ketika itu
u.. Malam2 saya akan mencium baju baru yang saya beli untuk dia,yang belum sempat dia pakai...kadang2 dimalam yang sunyi saya terdengar bunyi bayi menangis.. Saya menangis terkenang anak saya.. ada ketikanya saya mengigau...bermimpi anak saya memanggil saya.. Tempoh awal berpantang, saya banyak menangis...rindukan bayi saya...
Dalam emosi yang tidak tentu hala,risau dan rindu pada anak saya...kehadiran suami tersayang sebenarnya sangat2 membantu saya dari mendapat penyakit gila meroyan.
Suami saya adalah orang yang banyak memujuk hati saya.
Dia selalu berkata...
"anak kita selamat kat sana, diorang jaga dia,bagi minum susu.jgn risau la..dia ok"
"ini dugaan untuk kita"
"sekejap ja ni,nanti turun la kuning hafiy tu.."
"dah..jangan risau pergi tidur"
"Abang pon susah hati jgk..tp jgn pikiq sangat,nnt ina sakit..sapa nak jaga hafiy"
kata2 semangat,pujukan suami secara tak langsung buat saya tabah hadapi dugaan Alalh S.W.T
Pelukan dan ciuman kasih sayang dari suami telah buat saya tabah selama anak saya dirawat di wad. Setiap hari panggilan yang diterima mengatakan jaundisnya semakin meningkat, sehinggalah suatu hari jaundisnya meningkat hingga 300.Pihak hospital meminta saya untuk membawa anak saya ke hospital kerajaan memandangkan jaundisnya yang terlalu tinggi.. Berderai airmata, luruh hati saya, keranan mengingatkan kata2 seorang teman yang memberitahu, jika jaundis melebihi 350,darah bayi akan ditukar....takut saya mengenangkan kesakitan yang terpaksa bayi saya tanggung nanti.
Saya melangkah kaki ke hospital sambil air mata berjurai turun,masih ingat lagi pegangan erat suami tersayang,mengiringi langkah kaki. Saya sempat berjumpa doktor yang menguruskan anak saya....dia mencadangkan supaya saya bersabar dan dia akan cuba untuk membawa sampel darah anak saya ke makmal darah yang lain..kerana dari segi penelitiannya, warna kulit anak saya tidak menampakkan jaundis yang terlalu tinggi seperti keputusan darahnya.
Saya diarah pulang dahulu..dan keputusan hanya akan diketahui petang. semua perasaan bercampurbaur..sungguh merisaukan memikirkan keputusan yang bakal diketahui..
dengan kuasa Allah..keputusan nya....jaundis mohamad hafiy ialah 180sahaja...Alhamdulillah.... dengan linangan air mata, saya dipanggil ke hospital untuk mengambil mohd hafiy...kerana dengan jaundis sebanyak itu, dia tidak lagi perlu dirawat di hospital...Gembiranya hati seorang ibu..setelah 2minggu bertarung dengan perasaan.
Tanpa sokongan suami dan sokongan keluarga,dengan keadaan berpantang yang sangat mendugakan,saya terselamat dari menghadapi penyakit gila meroyan....
kini mohamad hafiy hajim berusia 1tahun 7bulan..sihat cerdas dan tiada lagi benjol bekas vakum dikepalanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan