Pasti setiap ibubapa menghadapi dilema samaada nak belikan buku atau mainan untuk anak tersayang.Pada pengalaman saya yang tak seberapa ini,saya memberikan kedua-duanya pada anak-anak saya, baik buku mahupun mainan.
Tetapi sebagai ibubapa,anda harus bijak memilih..kerana anak2 anda ibarat kain putih,kita sebagi ibubapalah yang mencorakkan warna mereka..
Jika anda bakal bergelar ibu, mulakan lah pendidikan anak2 dari alam rahim lagi http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2011/01/pendidikan-anak-anakalam-rahim.html..kerana kerana apabila bayi anda lahir,lebih mudah anda mencorakkan peribadi anak2 http://ritsfiy-mamacollections.blogspot.com/2011/01/pendidikan-anak-anak-umur-1hari-2-bulan.html.
Jika anda mahu anak2 anda mencintai buku..tidak susah sebenarnya, ambil masa..dan perhatikan tingkahlaku mereka.dan cuba fahami hati anak2 anda.. Cari dan perhatikan apakah perkara yang banyak menarik perhatian mereka.
pasti jawapan anda haiwan,bunyi-bunyian,lagu,tarian dan tak lupa kartun.Jadi cuba belikan buku atau cd yang mempunyai gambar haiwan, lagu, muzik dan gambar-gambar kartun.
Cuba lihat reaksi mereka...
Setiap kali melihat cd atau buku tersebut pasti mereka akan bertanya.."apa ini ibu?"... "apa ini ayah".. biarpun dah berulang kali anda memberi jawapan..pasti akan ditanya lagi.. Jangan sesekali anda tidak mengendahkan soalan mereka. Jawaplah biarpun terpaksa menjawap beribu kali.perhatikan iklan di kaca televisyen...pasti lagu dan rentak tarian senang ditiru oleh anak 2.anda.
jangan lupa berikan tepukan dan pujian jika mereka berjaya mengenal atau mengulangi apa yang telah anda ajarkan. Anak2 pasti tersenyum kegembiraan..
Biarpun cd atau buku tersebut mempunyai gambar2 kartun seperti mickey mouse,barney atau apa sahaja,jgn risau...asalkan buku atau cd itu mampu mengajar anak anda membaca, mengeja nama2 haiwan, meniru bunyi2 haiwan tersebut atau mampu buat anak anda mengarang satu ayat pendek dalam bahasa inggeris,arab atau jawi.Saya juga membelikan anak2 saya Magic English..pakej buku disertakan bersama cd..mengandungi watak2 kartun disney...bercakap dan menyanyi menggunakan bahasa inggeris.Anak2 saya bukan saja dapat menari mengikut tarian kartun tersebut,malah dapat berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
Buku-buku yang bersesuaian untuk diberi kepada anak2 kecil kita,seeloknya berikan buku kecil ataupun besar..tetapi memempunyai mukasurat berkulit keras. Ini untuk mengelakkan mereka mengoyak dan memakan cebisan kertas buku itu.Muatkan juga buku2 trsebut kedalam kereta anda,ini kerana anak2 kita mudah bosan semasa berada didalam kenderaan, jd untuk mengelakkan kebosanan mereka,lebih baik gunakan masa yang ada dengan membaca.
Bagi bentuk2 mainan yang saya syorkan pula..pilih mainan yang besar dan tidak mudah untuk dimasukkan kedalam mulut bayi.Saya pasti ramai yang tidak lupa kejadian bayi tercekik susu dan tercekik bebola kan.. jadi hati2.. Pantau bayi anda
Belikan robot yang boleh berkata-kata dalam banyak bahasa, dalam masa yang singkat sahaja anak2 anda ,pasti dapat meniru robot tersebut.Ada juga telefon mainan yang boleh mengira,mengeja dan membuat bunyi haiwan... motor ,kereta dan basikal mainan sekarang juga mampu mengeluarkan bermacam-macam muzik apabila ditekan, pasti boleh membuatkan anak2 anda tidak mahu melepaskannya.
Bawalah anak2 anda bermain di taman permainan..jiwa anak kecil selalu ingin bermain..jadi jangan terlampau mengongkong mereka..Namun jangan la pulak dilonggokkan pelbagai jenis permainan yang melalaikan.Didik anak dengan ajaran agama secukupnya...
Anak-anak adalah amanah
anak saya mmg suka tgk buku,sampai x larat nak menjawab soalannya,tapi satu perkara yg x syok....sambil baca sambil koyak.....
BalasPadamsebab tu saya lebih suka beli buku yang helaian mukasuratnya berkulit keras....susah skit diaorang nak koyak...
BalasPadamjawap jer pertanyaan diaorang...dari situlah diaorang belajar