Sabtu, 22 Januari 2011

TIPS BAWA ANAK KE MAJLIS PERKAHWINAN







PILIH WAKTU  YANG SESUAI

Bagi ibubapa yang mempunyai anak2 dibawah  umur 2 tahun, adalah lebih baik anda menghadiri majlis perkahwinan sekitar pukul 3 dan keatas. Ini kerana cuaca pada waktu begitu adalah lebih redup. Membawa anak2 sekitar jam 12.00 tgh hari dan keatas akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa kerana cuaca pada waktu itu sangat panas. Ketidakselesaan ini boleh menyebabkan anak anda membuat perangai.  Sekitar 12.00 tengahari juga adalah waktu tidur bagi sesetengah budak. Berikan mereka tidur secukupnya dahulu sebelum menghadiri majlis perkahwinan. Antara jam 3.00 petang dan keatas juga bilangan tetamu akan sedikit berkurangan, kerana ramai yang memilih untuk menghadiri majlis perkahwinan pada waktu makan tengahari. Jadi dengan keadaan yang kurang sesak anak anda lebih sebenarnya berasa lebih selesa

AWASI PERGERAKAN MEREKA

Telah diketahui umum keadaan dimajlis perkahwinan pasti akan sesak, oleh itu sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda. Dikhuatiri mereka hilang dalam keramaian. Pastikan anak anda berada disebelah anda ketika anda menjamah makanan. Jangan biarkan sikecil anda berkeliaran.Anda boleh mengambil inisiatif sendiri seperti anda dan suami berpakat,jika anda menjamah makanan..tugaskan suami anda menjaga anak, selepas anda selesai.. biarkan suami makan dan anda boleh ambil alih tugas suami pulak.. Awasi anak anda, takut2 habis semua hantaran pengantin tunggang terbalik dibuatnya..

SEDIAKAN BEKALAN YANG CUKUP  

Ada sesetengah anak2 yang kuat makannya..jadi persediaan dari sesi susu atau biskut kesukaanya hendaklah sentiasa cukup. Walaupun anda memberi anak2 anda nasi kenduri atau pencuci mulut juadah majlis perkahwinan, ada segelintir anak2 yang masih mahukan susu atau biskut kesukaan mereka. Jadi sebagai ibubapa sediakan bekalan yan cukup, supaya anda anak tidak akan meragam jika dibawa ke majlis perkahwinan.

*ANAK ANDA SELESA ANDA JUGA  SENANG MENJAMU SELERA*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan