Isnin, 7 Februari 2011

ANAK SAKIT IBU RUNSING???

  Terima kasih la pada puan nora...oleh sebab soalan puan lah tercetusnya idea saya pada hari ini roda hidpku
semua ibubapa pasti runsing,risau, gelabah,takut dan mcam2 lah..apabila anak mereka jatuh sakit
  Saya masih ingat kata-kata ibu semasa saya masih kecil, katanya dia dan ayah saya tidak akan tidur pada waktu malam kerana menjaga kami adik beradik dari digigit nyamuk..maklumlah kehidupan kami dahulu susah,rumah cuma berdindingkan kayu playwood dan berlubang sana sini.Itulah pengorbanan ibu dan ayah.
  Memang biasa bagi bayi dan kanak2 akan kerap jatuh sakit,itu lumrah...tapi sebagai seorang ibu, kita tak dapat lari dari perasaan risau yang amat sangat apabila melihat sikecil dalam kesakitan. Mahu saja sakit itu diubah pada kita..biar kita yang menanggungnya..Betul..tak??
  Melalui pengalaman,ada sesetengah bayi akan demam sebelum boleh berjalan, bercakap,merangkak. Ada jugak demam sebab cacing.
  Bagi dua hero saya..kebiasaanya mereka demam,batuk dan selsema full package ler..Jika demam..saya biasanya bawak mereka ke klinik yang kerap saya pergi,boleh dikatakan family klinik la..sebab kedua-dua hero saya dilahirkan disana, mendapat suntikan setiap bulan pon disana. Ubat dari klinik tersebut juga serasi dengan mereka.
  Bila seorang dah demam, pasti yang seorang lagi akan berjangkit...itu dah menjadi kebiasaan. Jika anak2 saya demam selalunya saya akan memberi ubat demam dan juga koolfever,selalunya dalam tempoh  semalaman demam mereka akan kebah. Tetapi baru bulan lepas,anak nombor dua saya demam sehingga suhu badannya mencecah 39 darjah celcius..jadi doktor terpaksa bagi ubat untuk disumbat ke dalam dubur. semasa ubat dimasukkan..dan setelah 1jam berlalu suhu badannya kurang panas..namun selepas 2jam berlalu suhu badannya kembali panas.. atas arahan doktor selepas 4jam tidak juga turun suhunya..kami disuruh memasukkan ubat yang sama untuk kali kedua. Bukan itu sahaja , saya juga menggunakan air asam jawa untuk dituam dibadan dan kepalanya..untuk meredakan kepanasan. Anak2 yang mengalami demam sangat suka merengek sebab mereka rasa tidak selesa.Alhamdulilah selepas beberapa jam di sumabt ubat kedua barulah suhu panasnya menurun. lega hati seorang ibu..tak keruan rasanya bila anak2 sakit..Itulah naluri seorang ibu.

3 ulasan:

  1. eyna, saya rasa masa tu mesti awak rasa berdebar, tak tentu arah kann... skang dah jadi ibu barulah kita faham perasaan ibu bapa kita ...

    BalasPadam
  2. thanks babe.. nanti aku add blog hg dlm bloglist aku plak eh...

    BalasPadam
  3. nora,betul tu..sbb tu la seorang ibu darjatnya tinggi disisi allah s.w.t

    BalasPadam