Khamis, 10 Februari 2011

NAK PERGI SEKOLAH???


Anak no.1 mohamad harits haikal mintak nak ke sekolah.. ibu pulak yang susah hati...maklumlah baru umur 3tahun...Tiap pagi on the way nak ke rumah pengasuh..mesti dia tanya
'nak pergi sekolah ker mama?'
kesian pulak bila tiap2 hari bertanya..semangat sungguh nak ke sekolah
haikal ni cepat boleh..walaupun tak ada pendidikan formal..dia dah boleh menyebut nama haiwan dalam bahasa inggeris....boleh mengira 1-10
kalau sesiapa berpesan apa2 kepadanya...dia memang boleh ingat pesanan tu sampai sekarang...nama2 tempat pon dia boleh ingat..siap boleh ingat jalan mana nak guna untuk ke tempat tu..lagi..
bagus daya memori dia ni..

yang lucu tu macam mana la....haikal nak kesekolah dengan botol dan masih pakai pampers lagi..


oleh sebab atas permintaan haikal kami suami isteri pon berlegar la..dikawasan perumahan berdekatan mencari tadika utk budak umur 3tahun...

memang banyak yang jumpa...tapi berkenan dekat
TADIKA ANUGERAH PINTAR
tadika tu mengajar semua subjek asas dan ditambah pembelajaran bahasa mandarin dan art..ok la..kita kan 1Malaysia.

Keadaan tadika pon tak terlampau sesak...tak ramai student sangat..so just nice untuk haikal yang pemalu ni..

bulan feb ni...kami suami isteri sedang melatih haikal bangun awal dan gosok gigi...tidur lebih awal dari kebiasaannya ( pkul 12.00 malam) kena diajar bangun dan mandi awal pagi..



kalau tak hantar ke sekolah awal2..rasa macam rugi pulak..sebab budak2 sekarang cepat dapat...ajarla apa pon,kata orang yang buruk lagi senang diorang ingat jadi baik kita bagi pelajaran yang baik2 dulu kat diaorang..

dengar juga pengalaman kawan2 yang hantar anak ke sekolah kali pertama ni..kadang2 ada masaalah skit tak nak p sekolah..kadang tak sabar2 nak ke sekolah...macam2 la..budak2 ni...

budak2 pulak cepat mesra dan cepat dapat kawan..mungkin dalam seminggu haikal akan buat perangai skit tak nak ke sekolah..tp bila dah lama2 ok la kot....



tak tau la saya..ni first time nak hantar anak ke sekolah..tak tau lagi apa cita seterusnya...TUNGGU....

NANTIKAN ON MARCH 2011

2 ulasan:

  1. anak ct bila umur 2 tahun dah tak pakai pampers lagi dah.Anak yg no5 langsung tak pernah minum susu pakai botol selepas cerai susu badan.Tapi problemnya dia ni cakap pelat lagi.kalau nak htr pergi tadika takut guru tak faham ckp dia pula.

    BalasPadam
  2. no.1 ni boleh cakap terus la..tapi laju sangat..macam LRT..kadang2 tak paham jugak bahasa dia ni.
    nasib la..cikgu dia nanti..

    BalasPadam